Sunday 10 May 2015

Think positive ya....

Assalamualaikum.....rinduuuu nya..... Selepas banyak peristiwa atau kejadian yang menyedihkan hati....saya cuba mendiamkan diri daripada menulis. Perasaan tidak seronok apabila memperkatakan sesuatu perkara atau peristiwa yang menyedihkan hati. Tetapi, terdetik di hati dan terfikir sampai bila saya harus tenggelam dalam kesedihan. Saya perlu sentiasa berbaik sangka atas setiap kejadian yang terjadi. Ye...insyaAllah...apa saja kejadian atas kehendakNya. Terima dengan redha dan ia pasti ada hikmah nya.

Saya juga belajar sesuatu, jangan mudah merasa tewas jika kita menerima sesuatu musibah atau kegagalan...terima lah dengan rasa bersyukur dan dengan senyuman manis. Itukan petua awet muda...:)..:)....😆😆

Saya juga harus menerima hakikat, tidak semua masalah yang timbul akan berakhir dengan kegembiraan. Saya bersyukur kerana, yang paling penting sekali, saya di beri kan peluang untuk belajar memperbaiki diri dengan menerima dengan redha setiap kelemahan yang saya tidak nampak. Allah SWT memberi petunjuk dan menjentik hati saya untuk menyedarkan diri dan berubah daripada terus melakukan kesilapan.

Ada ketika, kita sangka kita kuat dan tabah, tetapi sebenarnya kita amat penakut sekali...dan ada ketikanya kita sangka kita nampak begitu lemah dan tidak mampu berbuat apa-apa...tetapi hakikat sebenarnya, kita memiliki kekuatan yang sangat luar biasa. Ye...semuanya terpulanglah pada diri kita sendiri bagaimana untuk terus berubah, berjuang dan berusaha....dan sudah pasti dengan bantuan NYA....



Wednesday 31 December 2014

Tabahkan Hati...





Semasa saya menulis, hujan baru saja reda. Sudah beberapa hari cuaca tidak menentu. Cuaca mendung, hujan sekejap-kejap, ada ketikanya hujan turun dengan lebat. Saya terima dengan rasa bersyukur…Pasti ada hikmahnya..

Pada kelendar ‘orang putih’, tahun 2014 bakal melabuhkan tirai…Daripada awal sehingga akhir tahun 2014, pelbagai peristiwa yang menyedihkan berlaku. Allah SWT menguji ketaatan setiap hambanya dengan ujian ini…Di penghujung 2014, tanpa diduga, musibah yang lebih hebat untuk penduduk Pantai Timur, dan yang terbaru kapal terbang Air Asia Indonesia terhempas…Jangan berburuk sangka, setiap apa yang berlaku…

Mungkin selama ini setiap kali tiba hujung tahun, ada terlalu leka dan terlalu teruja untuk menyambut tahun yang silih berganti. Selalu memikirkan apa azam baru yang perlu diperbahui, tanpa memikirkan apa yang telah kita lakukan sepanjang tahun. ‘Adakah aku telah mencuba menjadi makhlukNYA yang terbaik’ . Adakah kita terlalu sibuk memikirkan ‘dunia’ sahaja hingga terlupa untuk menambah bekalan ilmu akhirat. Allah SWT hanya ‘menjentik’ kita sedikit sebagai ‘peringatan’ …

Tiada laungan ‘happy new year’ serta percikan bunga api….Biarlah… bukan itu yang kita cari…Pasti apa yang berlaku, meminta kita muasabahkan diri…saya juga tidak terkecuali…untuk memperbaiki diri dan memperkukuhkan keimanan hati. Saya yang memandang, tidak sama dengan orang yang menghadapinya, tetapi saya memahami...Cuma saya doakan semoga tabahkan hati dan sentiasa berbaik sangka…Hanya Allah SWT yang mengatahui….  

Monday 22 December 2014

sentiasa doakan yang terbaik.....

Hari ini keputusan PT3 untuk tingkatan 3 sudah diperolehi. Saya hadir ke sekolah anak, untuk memberikan sokongan. Hasil keputusan baik atau tidak saya harus terima dengan berlapang dada dan bersangka baik. Selebihnya Allah SWT yang lebih mengatahui. Pada saya, anak sudah berusaha sehabis daya. Saya bersyukur tanpa banyak soal, dia berusaha bangun pagi setiap hari, tidak kira hujan atau panas berusaha menghadirkan diri ke sekolah untuk menuntut ilmu. Selepas ini cabaran lebih hebat yang akan mereka tempuhi....

Rasa sedih juga bila mendapat tahu ada ibubapa dikalangan rakan sekolahnya merasa kecewa dengan keputusan PT3 anak mereka. Ye..saya faham, siapa yang tidak kecewa jika keputusan tidak seperti yang diharapkan.  Jika kita kecewa, anak-anak pasti lagi sedih....Sebagai ibubapa, harapan pasti tinggi untuk melihat mereka berjaya. Pada saya kecewa perlu ada, tetapi perlu sekejap sahaja, kecewa itu perlu kita bawa kearah yang lebih positif. Ada ketikanya kita harus menerima hakikat 'kesederhanaan' anak kita dalam pelajaran. Jika difikirkan, mungkin bukan kehendak anak itu untuk tidak mendapat keputusan yang cemerlang. Usah disamakan peperiksaan dulu dan hari ini. Pada saya terlalu banyak perbezaannya. Jika kita nampak mereka berusaha, jika masih juga gagal, itu mungkin bukan rezeki mereka sekarang. InsyaAllah, mungkin 'rezeki' mereka lebih hebat dimasa hadapan. Perjalanan hidup mereka masih panjang. Sebagai ibubapa, kita doakan yang terbaik untuk mereka..semuanya atas keizinan daripada Allah SWT....

Pada saya cabaran lebih hebat iaitu mendidik hati mereka menjadi insan yang soleh, bertanggungjawab serta penuh kasih sayang antara keluarga dan orang sekitar. Itulah cabaran yang paling hebat. Tiada guna mereka berpelajaran tinggi, jika kita gagal membentuk menjadikan mereka anak-anak yang soleh dan berbudi pekerti mulia, tetapi mereka berpotensi menjadi anak yang mementingkan diri sendiri dan paling hebat menjadi 'tanggang moden'.....ya Allah jauhkan lah....

Di akhir tahun 2014, mari kita muasabahkan diri kita sendiri, mencari dimana kekurangan dan kelemahan kita sebagai ibubapa yang perlu kita perbaiki. Kita doakan anak-anak serta jenerasi  kita menjadi insan terbaik dan cemerlang, sambil itu adalah lebih baik kita juga perlu mencermin kan diri kita sendiri dahulu....semoga Allah SWT sentiasa 'jentik' hati kita jika kita tersilap langkah dan sentiasa melembutkan hati kita untuk berubah dan menjadi insan yang lebih baik....Amiiiiin.....